Tuesday, 16 April 2013

Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)

FLUTD atau lebih mudah dikenali sebagai batu karang bagi kebanyakan pembela kucing merupakan pembunuh kucing dalam diam tanpa kita sedari. Soalan yang kerap diajukan "macam mana kita nak tahu kucing kita kena batu karang" ? Confirm ke batu karang? macam mana nak bezakan dengan sembeli? Sebenarnya tanpa kita sedari hari demi hari semakin banyak kes FLUTD dimasukkan ke dalam ward atau tahap yang lagi serius mungkin i.c.u. Apakah faktor yang menyumbang ke arah pembentukan batu karang atau secara idealnya ke arah flutd... isu ini akan saya kupaskan dengan lebih mendalam dalam entry kali ini.

FAKTOR FAKTOR YANG MENYEBABKAN TERJADINYA F.L.U.T.D

a. Diet/pemakanan

    Terdapat 1001 jenis pemakanan yang wujud dalam pasaran!! Percaya atau tidak pada labelling produk pasti menyatakan makanan ni dapat mencegah penyakit FLUTD pada anak2 bulu (furkids) anda. Jangan mudah terpedaya dengan janji janji manis produk2 di pasaran. Jika tak pasti tanya pada vet anda bukannya petshop.(ramai yng saya rasa agak keliru perbezaan vet dengan petshop seller). Semua orang akan melariskan produk mereka apatah lagi produk itu ada selling point nya contohnya halal bagi pengguna islam, murah dan sebagainya.Secara details nya memang saya tidak boleh meletakkan brand2  specific yang menjadi penyumbang tertinggi bagi kebanyakan klinik vet atau hospital.



    Makanan commercial secara kasarnya boleh dikategori kepada beberapa kumpulan, iaitu high premium, premium, low end, holistic dan sebagainya.Bukan semua makanan premium merupakan "presciption diet" bergantung pada cara individu untuk menilai jenis2 makanan ini. Saya juga yakin banyak fanatic fan terhadap sesetengah brand ini sehingga bergaduh sesama sendiri. Perlu diingatkan, makanan yang tinggi phosporus dan magnesium akan menyebabkan mineral ini terkumpul dan selepas suatu jangka masa terjadi lah batu struvite (magnesium ammonium phosphate)!! 


Inilah batu yang akan berkumpul sepanjang salur kencing kucing anda... secara perlahan lahan cuba bayangakan batu ini bergesel dengan permukaan pundi kencing dan apa yang akan terus terjadi?? Luka!! Berdarah!! Dan seterusnya? Tersumbat!! seterusnya bakteria akan terus membiak dan bahan kumbahan akan backflow dan masuk semula ke dalam darah.

b.  Faktor persekitaran

     Perubahan tempat tinggal misalnya berpindah ke rumah baru, atau baru mengambil anak kucing baru akan menyebabkan juga anak2 bulu anda menahan kencing. Betul ke? Ya! Itulah yang terjadi sekiranya kita terlepas pandang. Stress akan menyebabkan anak bulu kita menahan kencing. Pengumpulan air kencing (toxin dan sisa kumbahan) yang lama mudah menyebabkan bakteria membiak dan disinilah Ascending infection akan berlaku.

c.Gender/ Sex

Kajian menunjukkan kucing jantan adalah mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mengalami FLUTD kerana anatomi organ mereka adalah jauh lebih panjang berbanding kucing betina. Akan tetapi, kucing betina lebih kerap dijangkiti pundi kencing dan mempunyai tanda tanda seperti kucing jantan. :)

d. Litter tray/litter box

     Kalau diikutkan, ini juga sub faktor dibawah faktor persekitaran. Bagi multicats household (pembela kucing yang banyak) yang menggunakan cat litter, faktor ini memainkan peranan penting sebenarnya. Kedudukan tandas mereka perlu juga diambil kira. Jangan diletakkan tandas mereka di kawasan yang kita lalu lalang!! Atau specific kawasan sibuk! Sebab kucing ini pemalu! Jangan intai waktu mereka mahu buang hajat. Kekerapan membersihkan tandas perlu dititikkan. Kucing ini mempunyai sifat pembersih. Kalau tandas kotor, samalah seperti kita "rela aku tak buang air", dan demikianlah menggalakkan insiden flutd ini.



f.  Idiopathic FLUTD

      Apa benda pulak idipathic ini? Idiopathic ini bermaksud tidak dapat dikenal pasti. Bermakna, kucing adalah berpeluang untuk dapat penyakit ini tanpa diketahui punca dan sebabnya.

*sebenarnya masih banyak sebab seperti kanser yang kita terlepas pandang. Saya cuba sampaikan agar pembaca lebih mudah memahami dari sudut layman term.
      
Akan bersambung entry tanda tanda awal penyakit FLUTD...
Salam sayang,
Dr Nurul Ashikin Binti Sapian
DVM UPM
    

No comments:

Post a Comment