Monday 1 July 2019

KLINIK HAIWAN KAMPAR - perkembangan terkini


Assalamulaikum... 
.

Pejam celik sedar tidak sedar, Klinik Haiwan Kampar telah memasuki ulang tahun ke-7 (Memasuki tahun ke-8 operasi). Maafkan saya kerana membiarkan blog ini sampai bersawang hihi. Bukan sengaja, tetapi saya terlalu sibuk membangunkan pasukan dan juga klinik. 
.

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH. Pelbagai fasiliti telah dibawa masuk dan diberi penambahbaikan selama beberapa tahun ini seperti mesin memproses darah (IDEXX vetautoread, IDEXX catalyst One), mesin ultrasound 2D, ICU chamber dan Mesin Oxygen Concentrater. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pasukan doktor untuk mengenalpasti penyakit- penyakit yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Dengan dilengkapi bilik makmal sendiri, kita mampu memberikan rawatan kecemasan seperti pemindahan darah dengan segera dan pelanggan tidak perlu menunggu sehingga berhari-hari untuk keputusan ujian darah anak anak bulus. 
.

Selain itu, klinik kini telah mempunyai kawasan pengasingan bilik konsultasi (rundingan) dan ruangan menunggu khas untuk kucing. Dari awal pembukaan klinik, inilah harapan saya. Untuk memiliki ruang pengasingan kucing dan anjing. Keselesaan pelanggan adalah keutamaan kami. Terima kasih para pelanggan setia klinik. Tanpa kalian, Klinik Haiwan Kampar tidak mampu sampai ke tahap ini.
.

Klinik Haiwan Kampar di awal pembukaan dahulu sekitar tahun 2012. 

Klinik Haiwan Kampar yang terkini. Sebelah kiri: Kawasan klinik kucing dan haiwan kecil (small animal). Sebelah kanan: Klinik anjing dan large animal (eg: anak lembu dan kambing)

Klinik kucing diberikan penjenamaan semula iaitu "Catsmosphere Cat Centre" (Cat-atmosphere) yang bermaksud suasana kucing. Penjenamaan klinik juga telah mendapat pengiktirafan MyIPO ya pada tahun 2018. 

Kaunter Pendaftaran dan Ruangan Menunggu (waiting area) Catsmosphere™ Cat Centre
Bilik Rundingan 1 (consultation room)

Bilik rundingan 2 terletak disebelah bilik rundingan 1


Kita mensasarkan suasana yang selesa buat pelanggan dan mengurangkan stress kepada kucing-kucing yang mendapatkan rawatan. Eh eh! Kucing pun ada stress ke? Haa... Jangan tidak tahu. Perjalanan kucing ke klinik sahaja boleh menyebabkan stress dan hasilnya, pH dalam air kencing mereka boleh berubah. So what? Haa... inilah punca awal boleh trigger pembentukan crystal dalam pundi kencing mereka. Daripada kucing yang stress, nanti owner bertambah stress. Kos FLUTD @ batu karang tidak murah ya tuan-tuan dan puan-puan. 


Doakan klinik berjaya mencapai standard piawaian ISFM cat clinic ya (worldwide standard gitu) dan mendapat kelulusan untuk memiliki mesin x-ray sendiri ya. Walaupun masih jauh perjalanannya, In sya ALLAH kami akan berjaya mencapai target yang disasarkan. Winner do not quit,quitter do not win.
.

p.s: Boleh tinggalkan komen untuk topik yang ingin saya huraikan. In sha Allah saya akan mencuri sedikit masa bagi menjawab sebarang kemusykilan para pembaca.

Dr. Nurul 
Aku menulis bukan kerana nama :)

5 comments:

  1. Salam doktor. Boleh senaraikan vaksin untuk kucing beserta kos. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Hi, can I book for my puppy check

    ReplyDelete
  3. Untuk vaksin ape semua blh la di klinik ni..untuk emergency x blh di klinik ni..kadang2 dua tiga hari tutupnye..

    ReplyDelete
  4. The best free roulette games | Dr.MCD
    Top Free Casino Games. Find out 부천 출장안마 the best free roulette 양산 출장샵 games and get your 고양 출장안마 bonus today. The 김해 출장마사지 best free roulette games. Find out the 구미 출장안마 best free roulette

    ReplyDelete