Tuesday 21 April 2015

"Flea Dan Impaknya Terhadap Anak Bulus Kita"

Gitu tajuknya... baru ada feeling macam scary sikit. Jadi sebelum saya nak proceed dengan impaknya... Baguslah kalau saya memperkenalkan hero utama kita pada tajuk ini, iaitu FLEA!!!


Flea itu dalam bahasa inggeris. Bahasa kita digelar "pinjal", sejenis kutu yang sangat suka melompat lompat dan menghisap darah si comel kita. Teringat kata Professor Amin, dalam banyak banyak kutu, kutu ini lah yang paling membazir. Dah hisap darah, berak pun seketul darah juga. Kalau tidak percaya cuba check belakang si comel kita. ada tak pasir2 hitam yang melekat kat bulu mereka (macam gambar di bawah). Ambil sikit dan titiskan air. Komfem bertukar kaler merah....

Flea dirt in a cat

Yang hitam hitam dalam gambar tu la tahi kutu atau bahasa sopannya adalah "flea dirt". Parah dah kalau dah jadi macam ni... Ramai di antara kita yang tidak aware tentang bahayanya kutu ini. Bahkan ada yang kata: "alaaaaa...... kutu je pun...  , cuci dengan air hilang la...."

Mai saya nak share sedikit fakta tentang pinjal ini:

a. Pinjal ini adalah pembawa cacing pita- Tapeworm (nanti rujuk gambar rajah ya). 

Tapeworm ini merupakan cacing yang penyet penyet tu... Jadi, pinjal ini adalah agak penting daripada sudut public health. sekiranya anak kita tertelan pinjal yang halus ni, anak kita mungkin akan mengalami kecacingan (antara simptomya gatal di bahagian anus). Bahkan si omel kita mungkin pernah buat adegan seret bontot di lantai yang agak seksi tu.


b. Bagi sesetengah owner yang agak sensitif. Anda mungkin akan mengalami "flea allergy". Bukan sahaja kepada owner, bahkan si comel kita juga bakal berdepan atau sedang mengalami masalag "flea allergy dermatitis".


Ektoparasit ini menyebabkan kulit mereka sangat gatal, maka aktiviti menjilat dan menggaru adalah sangat kerap sehingga botak botak di bahagian badan mereka.


c. Indirectly, ketika kutu ini sedang menghisap darah, mereka juga telah memasukkan parasit di dalam darah, iaitu Mycoplasma haemofelis. Saya ulang ya... parasit dalam darah. Masalah inilah yang saya cuba hendak tekan di dalam tajuk kali ini. ===>>> DEMAM KUTU.


Mycoplasma haemofelis
Flea
Secara kasarnya, saya gambarkan pinjal ini seperti nyamuk yang menghisap darah dan memasukkan kuman ke dalam darah si comel kita. (ayat yang paling ringkas untuk fahamkan owner). ada juga kes di mana si comel telah mendapat kawalan kutu terbaik dari owner, tetapi sejarah kucing tersebut yang dulunya pernah ada kutu. (saya ulang ya=>>> pernah ada kutu, mungkin dalam tempoh setahun dua yang lepas) boleh juga terkena demam ini.

Secara tiba - tiba sahaja, si comel kita kekuningan bagaikan maskot digi.. Macam gambar di bawah ini...
 
Kekuningan pada gusi si comel anda.

Kekuningan pada telinga si comel 


Walaupun Jaundice ini bukan semestinya demam kutu. Tetapi sekiranya si comel anda pernah menternak kutu, mengalami kekerapan demam, dan secara tiba tiba bertukar kuning. Janganlah tangguhkan rawatan ya.
Walaubagaimanapun, pencegahan adalah lebih baik daripada merawat.

 
KAEDAH KAWALAN DAN PENCEGAHAN!

a) SPOT ON

Untuk kaedah ini, kelebihannya adalah menjimatkan mata dan sangat mudah untuk digunakan. Akan tetapi, dari segi harga adalah agak $$$. Hanya dengan meletakkan di leher si comel kita, makanya ubat tersebut akan menjalankan tugasnya sebaik mungkin. Setiap jenama ada kelebihan masing masing.. ada yang turut menyumbang untuk cacing jantung dan cacing pita, roundworm dan cacing cangkuk.




b) Kaedah spray

Bagi teknik ini, adalah agak leceh kerana kita perlu pam mengikut berat si comel kita. terlebih bakal menyebabkan keracunan dan sekiranya terkurang maka kutu tersebut akan melompat girang (underdose).Dan perlu pastikan ubat yang di spray tersebut kering di badan si comel sebelum membenarkan mereka menjilat.




Pada saya kedua dua teknik di atas adalah "kill method" dan boleh kitakan preventive juga berbanding kaedah mandi dengan ubat kutu atau shampoo kutu... Apa apa pun, persekitaran juga perlu dijaga memandangkan sekiranya kucing kita ini outdoor atau semi outdoor, maka agak sukar untuk kita mengawal kawalan kutu keluar dan masuk.hehe

Ok la buat setakat ini.. nanti saya update lagi ya. sebarang soalan bolehla tinggalkan di bawah. nanti saya selitkan semula di dalam blog ini ya.


Saturday 21 February 2015

Hidupku sebagai doktor haiwan

Hari ini kekurangan momentum rasanya. tidak ketahui apakah diagnosis bagi penyakit ni. mungkinkah eustress atau distress? So, i nak ambil kesempatan ni untuk berkongsi sedikit kisah kehidupan saya sebagai doktor haiwan di sebuah klinik kampung yang terletak di Kampar, Perak.

8haribulan 8... kosong giler klinik di awal pembukaan...


Diteratak usang ni menjadi tempat mencari rezeki kami. Dan sebenarnya saya tidak meletakkan klinik ini sebagai landasan bisnes semata-mata. Dalam usaha seharian mencari rezeki, tempat ini juga pertemukan saya dengan pelbagai jenis ragam manusia dan sentiasa memujuk diri untuk melakukan yang lebih baik daripada yang sebelumnya (walaupun bukan yang terbaik di mata insan lain).

Sebelum saya bercerita jauh tentang kerjaya saya sebagai vet, saya pernah menyimpan impian untuk memiliki perniagaan saya sendiri pada suatu ketika dahulu. Bermula dengan bekerja sebagai cleaner di sebuah klinik haiwan di ipoh, kemudian masuk sebagai peljar praktikal dan akhirnya sebagai locum vet di klinik klinik berbeza. Banyak yang boleh dipelajari walau di mana pun kita berada. Paling utama ada impian, ada rancangan, dan usaha ke arah tersebut. 

Kehidupan sebagai vet di kawasan suburban adalah berbeza dengan keadaan bertugas di kawasan urban. Berdepan dengan lapisan yang sedikit berbeza dan cara menangani klien juga pada saya agak berbeza, sehinggakan jenis pesakit juga boleh range dari kerbau, kambing, kucing, anjing, itik sehingga lah ke kera, ular dan lain lain.



Saya Sayang kerjaya dan kehidupan saya



Gambar ini diambil dua hari sebelum arwah ayah meninggal (13.3.2014)

Bersama Doc Natrah Razak Dan Doc Azlan Shah yang femes gitu!!
Kerjaya vet di kawasan ni bukan lah glamer mana pun. Bak kata makcik makcik, ala, doktor kucing je pun... anak makcik doktor orang. Hahaa! Takpala. Saya pilih jalan ni dan kerjaya ini membuatkan saya lebih bermaya dan bersemangat bukan sahaja untuk haiwan bahkan untuk manusia segajat.



Kucing sekitar banjir di kampung gajah, Perak.


Satu yang menjadi kebanggan saya da Mr suami (Doc Daud) adalah berjaya memberikan inspirasi kepada vet-vet melayu yang lain untuk ceburi bidang haiwan kesayangan (yang dahulunya ditakuti oleh student melayu especially) dan memiliki klinik mereka sendiri. wooohooo!!!



Tahun 2015, memasuki keempat beroperasi menjadikan diri bertambah semangat untuk meng"upgrade" dan menambah peralatan diagnosis bagi kegunaan kes.-kes yang masuk. Doakan kami untuk branch yang kedua ya!!! (dah tertangguh sejak mengkaji pasaran ekonomi yang kurang memberansangkan pada tahun 2015 ini).