Salam.... lama rasanya tak update Blog tercinta ni... terlalu sibuk menguruskan klinik dan kes yang keluar masuk... Hari ni saya nak berkongsi cerita tentang Sporotrichosis. Saya yakin sangat ramai pembela kucing yang sedia maklum tentang penyakit nie...
Akan tetapi saya juga yakin masih ramai yang belum begitu pasti secara lebih detail tentang penyakit ini, cara menjaga dan risiko zoonotik terhadap kita. (Zoonosis= penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia). Ada yang memandang remeh kerana mungkin kurangnya pendedahan terhadap penyakit ini. Dan juga mungkin kerana menyangka luka ini luka yang biasa...
Akan tetapi saya juga yakin masih ramai yang belum begitu pasti secara lebih detail tentang penyakit ini, cara menjaga dan risiko zoonotik terhadap kita. (Zoonosis= penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia). Ada yang memandang remeh kerana mungkin kurangnya pendedahan terhadap penyakit ini. Dan juga mungkin kerana menyangka luka ini luka yang biasa...
Kucing yang dijangkiti S.schenckii |
Sebagai mukadimahnya, mari kita tengok definisi Sporotrichosis.
"Spore" = Dedebu,
Penyakit yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini adalah disebabkan oleh sejenis fungus yang dikenali sebagai Sporothrix
schenckii (S. schenckii). Sebenarnya banyak info yang boleh didapati kalau ditanya pakcik google atau auntie yahoo. Tetapi saya cuba nak sampai dalam bahasa melayu kerana ada setengah terms yang dipakai lebih merujuk kepada bahasa perubatan. Jadi lebih mudah kalau saya sampaikan dalam layman term kerana bukan semua pembaca mempunyai sains background. :)
Sporothrix schenckii |
Fungus yang menjangkiti si comel kita ini bukan fungus biasa seperti dermatophytosis yang hanya menyebabkan bulu kucing kita gugur, penuh kelemumur dan semakin botak. Penyakit ini jauh lebih ngeri dan boleh mnyebabkan kucing kita maut sekiranya terlewat diberikan rawatan, bahkan kita sebagai tuannya juga berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit yang serupa macam si comel kita. Jadi, penekanan saya pastinya aspek keselamatan seisi rumah tatkala kucing anda dijangkiti penyakit sporo ini.
Punca? Dari mana datangnya fungus ini? Siapakah yang berisiko?
S.schenckii berasal dari atas tanah, terutamya dibawah timbunan tumbuh-tumbuhan yang reput. Sangat banyak, dan hanya melalui luka kecil misalnya tertusuk duri rose, agen ini boleh menjangkiti kucing anda, dan ANDA juga!! Oleh kerana itu, penyakit ini juga dikenali sebagai Rose gardener's disease.
Telah menjadi lumrah si comel anda sekiranya selepas membuang air besar meraka akan menggaru untuk menutup najis mereka. Gambar kredit kepada persatuan bola sepak Malaysia. (kucing yang dikatakan menyebabkan Malaysia kalah dalam perlawanan yang mana ntah, saya pun tak ingat).
Sekiranya mereka membuang diluar rumah, pastinya mereka akan mencari tanah. Di kuku mereka inilah S.schenckii ini akan berada.
Bagi kucing yang suka bergaduh atau lebih sesuai saya katakan kucing jantan, ketika mereka bergaduh, cakaran pada kucing lain pastinya akan memasukkan fungus ini di dalam darah. Selepas musim mengawan juga saya dapati peningkatan dalam kes kes sporo ni.
Sekiranya mereka membuang diluar rumah, pastinya mereka akan mencari tanah. Di kuku mereka inilah S.schenckii ini akan berada.
Cantik kan i punya kuku??? |
Bagi kucing yang suka bergaduh atau lebih sesuai saya katakan kucing jantan, ketika mereka bergaduh, cakaran pada kucing lain pastinya akan memasukkan fungus ini di dalam darah. Selepas musim mengawan juga saya dapati peningkatan dalam kes kes sporo ni.
Permulaan yang dapat kita perhatikan adalah luka luka biasa. Dan bagaimana yang dikatakan sebagai luka biasa??
1. Luka biasa adalah luka luka kecil, hanya di permukaan (superficial) dan tiada pendarahan yang melampau dan tidak memerlukan jahitan .
Sebenarnya tiada istilah luka biasa dalam kamus perubatan. Tetapi yang saya cuba highlightkan disini adalah luka yang sangat memerlukan rawatan segera dan tidak di misslook sebagai SPORO! Diameter luka adalah tidak lebih 2mm dan tidak dalam sehingga menampakkan isi (muscle). Antara jenis luka yang saya klassifikasi sebagai scratch, laceration dan puncture wound. Kebiasaan dalam kes kes sebegini rawatan awal seperti antibiotik dan ubat tahan sakit akan diberikan untuk mengelakkan jangkitan kuman di dalam darah.
2. Exceptional untuk puncture wound, kedalaman luka mungkin lebih dalam...Luka dalam kategari yang pertama boleh melarat sekiranya tidak dirawat awal. Dan didalam sesetengah kes, luka ini tampak sembuh, namun menjadi bisul yang akhirnya kucing juga demam dan luka melarat. dan pastinya kos rawatan juga tinggi.Oleh kerana kes ini memerlukan bius dan tempoh rawatan yang jauh leih lama.
3. Setelah habis tempoh antibiotik yang diberikan dan luka semakin melarat, diameter semakin membesar, biasanya luka ini perlu di periksa semula. Bimbang jatuh kepada kategori LUKA YANG TIDAK AKAN SEMBUH (Non healing Wound). Dengan rawatan yang general, luka sporotrichosis ini adalah tidak akan sembuh...
Kebiasaannya luka ini akan ada multiple spot, telinga, kawsan kening, kaki dan hidung. Adakalanya kucing akan bersin, mata berair... tanda tanda ini yang owner selalu keliru dengan menyangka kucing mereka hanyalah selsema biasa. :) Jadi inilah alasan di mana klinik swasta kebanyakkan tidak akan menjual ubat tanpa melihat pesakitnya (No medicine prescribe without patient).
1. Luka biasa adalah luka luka kecil, hanya di permukaan (superficial) dan tiada pendarahan yang melampau dan tidak memerlukan jahitan .
Sebenarnya tiada istilah luka biasa dalam kamus perubatan. Tetapi yang saya cuba highlightkan disini adalah luka yang sangat memerlukan rawatan segera dan tidak di misslook sebagai SPORO! Diameter luka adalah tidak lebih 2mm dan tidak dalam sehingga menampakkan isi (muscle). Antara jenis luka yang saya klassifikasi sebagai scratch, laceration dan puncture wound. Kebiasaan dalam kes kes sebegini rawatan awal seperti antibiotik dan ubat tahan sakit akan diberikan untuk mengelakkan jangkitan kuman di dalam darah.
2. Exceptional untuk puncture wound, kedalaman luka mungkin lebih dalam...Luka dalam kategari yang pertama boleh melarat sekiranya tidak dirawat awal. Dan didalam sesetengah kes, luka ini tampak sembuh, namun menjadi bisul yang akhirnya kucing juga demam dan luka melarat. dan pastinya kos rawatan juga tinggi.Oleh kerana kes ini memerlukan bius dan tempoh rawatan yang jauh leih lama.
3. Setelah habis tempoh antibiotik yang diberikan dan luka semakin melarat, diameter semakin membesar, biasanya luka ini perlu di periksa semula. Bimbang jatuh kepada kategori LUKA YANG TIDAK AKAN SEMBUH (Non healing Wound). Dengan rawatan yang general, luka sporotrichosis ini adalah tidak akan sembuh...
Kebiasaannya luka ini akan ada multiple spot, telinga, kawsan kening, kaki dan hidung. Adakalanya kucing akan bersin, mata berair... tanda tanda ini yang owner selalu keliru dengan menyangka kucing mereka hanyalah selsema biasa. :) Jadi inilah alasan di mana klinik swasta kebanyakkan tidak akan menjual ubat tanpa melihat pesakitnya (No medicine prescribe without patient).
Cuba perhatikan kucing ini : Luka nya paling ketara di hidung (semakin rompong), kaki hadapan, kedua dua cuping telinga dan sekitar mata. |
Gambar yang kedua dan ketiga. Persamaan adalah bonjolan di hidung dan akhirnya apabila bonjolan pecah, hidungnya mulai rompong. |
Mata kita memang bukan mikroskop, tetapi berdasarkan kriteria luka, jika kita perasan ada kucing yang lukanya begitu, maka berilah rawatan awal.
a. luka yang tidak sembuh selepas 14 hari rawatan
b. luka yangbertompok tompok di beberapa tempat
c. lukanya berkawah (Raised lesion), lembik di tengahnya, dan berkeruping seperti luka kering
a. oh! kucing ni luka biasa je... sapu minyak gamat esok keringla... minyak gamat la, minyak kelapa la.. minyak ikan goreng la... semua ini tidak berkesan ya untuk kes sporo.. kering hanya lah luaran...
b.Kurap ni.. pandainya dia baik sendiri.. kucing kucing makcik dulu tak pernah makcik rawat baik sendiri je...
c. ni sinus ni... itu yang asyik bersin je ni...
Jadi ketika dibawa kepada saya, keadaan si comel adalah sangat teruk dan telah nyawa nyawa ikan.. jadi tempoh rawatan pastinya lebih panjang dan mungkin tidak dapat diselamatkan. Kalau dah terbaring (recumbent), pastinya ada vet yang suggest to put down (bagi dia pergi). Mulala melalak2 maki vet sekian takda perasaan.. Sedangkan siapa yang buat dia menderita sekian lama.. ayat sentap sikit!
Sekarang kita masuk bab yang lebih penting iaitu: Zoonosis : management of sporo patient. Tapi mari kita kenali secara lebih dekat jenis-jenis sporo.
Terdapat tiga jenis sporotrichosis ni sebenarnya, cutaneous-lymphatic, pulmonary dan disseminated sporotrichosis.a. Cutaneous-lymphatic sporotrichosis (kulit-sistem limfatik)
Merah berbentuk nodul (bulat-bulat) sepanjang sistem limfatik kita.
Tanda tanda kemerah merahan yang timbul |
Kes yang lebih teruk tanpa rawatan awal, merabak sepanjang saluran limfa dan salur darah. |
b. Pulmonary sporotrichosis
Jenis ini agak jarang, akan menyebabkan nodule pada paru-paru. Jarang bukan beerti tiada... kemungkinan untuk respiratory failure adalah sangat tinggi sekiranya paru-paru anda tidak dapat berfungsi dengan baik.
c. Disseminated sporotrichosis
Jenis ini merebak ke seluruh badan, akan menjangkiti joint dan juga boleh mengjangkiti otak. tanda paling awal seperti luka di kulit dan sekiranya menjangkiti paru- paru, tanda-tanda seperti selsema, batuk akan wujud.
Sebab itu penting bagi anda untuk bawa kucing anda sekiranya mahu beli ubat untuk luka2 kecil. Siapa tahu kucing anda dijangkiti sporo juga.
Bagaimana boleh menjangkiti manusia??
a. cakaran daripada kucing sporotrichosis positif
b. gigitan daripada kucing sporotrichosis positif
c. ada luka-luka kecil di tangan dan terus menyentuh kucing sporo (bare hands)
Aspek pengurusan kucing ini adalah sangat penting dengan memakai glove tatkala mencuci sangkar mereka dan memberi mereka makan.Sebaiknya si comel yang positif sporo dikurung dan tidak dicampur dengan si comel yang lain. Akan tetapi janganlah sehingga mengabaikan mereka kerana emosi si comel juga adalah sangat penting untuk speeding proses penyembuhan sakitnya.
Saya gemar menggunakan chlorox untuk mencuci sangkar mereka dan menjemur sangkar ini berhari hari dan terus mengulangai proses yang sama. Inilah adalah kerana spore ini adalah sangat heat and chemical resistance. dan penggunaan chlorox adalah sangat mudah didapati di mana mana juga. Chlorox adalah jenama, boleh juga digunakan brand yang lain sperti cocorex etc.
Mematuhi rejim rawatan adalah sangat penting dan sekiranya si comel anda telah menerima rawatan melebihi 4 bulan, adalah lebih elok kira melakukan ujian darah untuk melihat fungsi hati. Bimbang hati si comel tidak lagi dapat menerima beban ubat di hatinya.
Ubat yang digunakan di dalam rawatan sporotrichosis |
Kos rawatan adalah sangat tinggi disebabkan jangakamasa rawatan adalah sangat panjang dan ubat yang digunakan adalah sangat sangat mahal. Sampai saya sendiri tak gamak nak cas owner. Huhuhu... Jadi, nasihat saya, sekiranya si somel anda dalam golongan yang berisiko tinggi, maka cegah lah... jika sudah terjadi, maka rawatlah dengan segera. :)
Checklist : ADAKAH KUCING SAYA BERISIKO TINGGI??
a. Kucing saya kucing jantan, belum dikasikan, suka merayau, samseng kampung pulak tu. (High Risk Group)
b. Kucing saya jantan, sudah dikasikan tetapi suka merayau, selalu kena pukul dengan jantan lain (High Risk Group)
c. Kucing saya semi roamer, berak di luar je. tapi sentiasa tidur dalam rumah. (Middle Risk Group)
d. Kucing saya indoor cat, toilet-trained, tidak campur outdoor cat (Low Risk Group)
Okaylah, rasanya dah agak detail penerangan saya. kalau masih belum clear, boleh lah tinggalkan soalan akan saya cuba jawab sebaik mungkin. Yang baik datang daripada ALLAH, yang buruk datang daripada saya. Selamat membaca. Wassalam.
Takutnya..minta simpang dari penyakit ini..baik indoor or outdoor cats kami
ReplyDeleteSebaiknya kita keep indoor.. kurang kemungkinan dibelasah gengster luar dan peluang untuk dijangkiti penyakit sporo ni kurang, FIV juga kurang... FIV sangat tinggi dikalangan kucing yang bergaduh...
DeleteBahkan kita takkan sedar kucing kita ni sebenarnya adalah FIV positif..
doc, anak kucing sy yg berumur 6 bulan kelihatan sangat nazak ibarat nyawa2 ikan. diberi makan sikit pun tdk dijamah, mujurlah air putih diminumnya walaupun sedikit. dan sy rasa mungkin kerana dijangkiti virus mcm yg dinyatakan di atas kerana telinganya dipenuhi dgn kurap yg berkeping dan matanya berair serta hidungnya tercalar calar. sudah 3 hari kucing sy tidak bangun dan makan. soalan sy adakah dia dapat disembuhkan jika sy membawanya ke klinik?
ReplyDeleteDoktor.. kucing saya positif sporo,saya dh bawak dia pegi vet n dh dpt ubat yg mcm dlm gmbr tu.. dia kena kt kaki n telinga.. masalahnya dia x bole kena kurung,kalau kurung setengah hari dia akn dpt lpskan diri lps tu keluar x balek2 dgn kaki dengkot n bebalut.. lps tu dia x mau mkn ubat tu.. bila kite bg,dia akn keluarkan balek smpai hancur kapsul tu n biji2 dia akn keluarkan melalui aer liur dia.. bebuih-buih lendir dr mulut dia.. saya risau sbb kt rumah saya ade 4 ekor kitten baru lahir.. bimbang berjangkit..
ReplyDeleteApa ubat yg sesuai utk di jdikn penawar buat kucing sye yg kne bisul tangan
DeleteSis yg bg ubat direct suap pd kucing sy syorkan capsul d buka d campur dgn wetfood.. Cukup dl. 2 sudu wetfood dan gaul dgn ubat. Slps habis makan br tambah makan lain.
DeleteKucing sy kena sporo. Nak bg dia mkn ubat..kami campurkan dlm ayam rebus dia tiap mlm. Siang kasi sikit je kibbles jd mlm dia akan jd sgt lapar. Dia akan mkn jugak ayam rebus bercampur ubat tu. Skrg dah clear sporo dia. Tp mmg dikurung la spjg treatment ni
ReplyDeleteAlhamdulillah... lega kalau dengar patient sporo dapat recover.. owner compliance memang tip top ni.. hebat!!
Deleteberapa lama masa diambil utk kucing risqwafriy clear sporo dia?
Deletedoc, apakah tanda2 yg menunjukkan si comel beransur pulih atau responding well to treatment?
ReplyDeletemohon share ye..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteKucing saya mengidap sporo tapi dah berjaya baik..saya guna rawatan alternatif tanpa ubat vet..boleh whatsapp saya 0182227022 kalau nak cuba...saya dh berjaya merawat 2 ekor kucing saya dgn cara tak sengaja selepas dh buntu bagi makan ubat 4 bulan...alhamdulillah skrg dah baik selepas 20 hari
ReplyDeletebetulkah boleh sembuh cik rosnani..kucing saya baru disahkan mengidap sporo tadi..sedih sgt..
Deletemcm ne tu.. boleh pm sy,kucing sy kena penyakitla,, sbb kucing ni sy selamatkan atas bumbung jiran, dr kecik smpai umur sbulan kat atas bumbung. .badan pun penuh ngn tanah tu yg kena sporo
DeleteBoleh tahu mcmana rawatan alternatif tu?
DeleteKucing saya remy disahkan sporo. Umur 1thn 6bln. Sdh dikasikan tp sgt bersikap keHEROan sehingga sering dibelasah dek otai2 kwsn. Hatta.. saya tlh meggeledah mr google semahu2nya utk menyelamatkan remy. Saya mengguna pelbagai cara merawat remy. Salah satunya ialah dgn memberikan air yg telah dicajkan dgn ion negative spt yg disarankan oleh pn.rosnani. saya juga tlh mendpt khidmat nasihat dr sesorg ttg ubat2 yg sesuai. Terima kasih xterhingga buat kak aien husna n kak ida atas bantuan yg tlh diberikan. Alhamdulillah. Remy sgt semakin sihat n sporo semakin sembuh dan tidak merbak dlm masa dua minggu slps mengambil dos yg betul. Jika anda sygkan n ingin selamatkan si comel.. kita kna sabar sesabarnya. Remy saya dibedakkan 1-2kali dgn bedak icy cool powder yg ada mengandungi triclosan -antifungal. Sapulah pada luka2nya setiap hari dgn dermanol cream n bedak tu. Bersihkan tempat kurungannya setiap hari. Berikan supplement vitamin kpd mereka spjg rawatan. Saya berikan remy ubat sporo d sblh pg dan transfer factor di sblh ptg/mlm. Saya lakukakn apa yg termampu.. pada mulanya kesedihan menyelubungi emosi apabila doctor mengatakan proses rawatan boleh mkn sehingga 6bln. Bergantung pada si comel samada thn atau tidak. Ada yg pergi dan terpaksa dipergikan. Sporo boleh berjangkit kpd manusia. Doctor kata.. pakai sarung tgn.. bersihkan tgn.. bersihkan kwsn jagaannya. Itulah yg saya lakukan setiap hari utk remy. Namun ada seperkara yg amat membimbangkan saya... saya bimbangkan 2ekorlg kucing yg ada. Sbb apa yg diterangkan di sini.. mereka boleh dijangkiti melalui pernafasan udara. Apakah ada supplement atau immunisasi yg perlu saya berikan kpd mereka sblm dijangkiti? Mohon pencerahan. Terima kasih.
ReplyDeleteSetakat ini saya sdg melakukan pemantauan spt mjaga kebersihan utk joy n ferb, spray atau mandikan seminggu sekali. Bedak icy cool setiap mlm. Keseluruhan rumah dimop dan segala perabot n perkakas rumah dispray dgn campuran dettol and petstep (antiseptic + antifungal). Harap dpt membantu mereka.
DeleteDari pemahaman saya, puan Gee ada memberikan TF kepada anak anak bulus puan. TF juga merupakan salah satu supplement atau immune system booster yang digunakan oleh kebanyakan client saya.
DeleteSepatutnya tiada masalah memandangkan puan sangat menjaga dari aspek kebersihan bukan sahaja kawasan sangkar bahkan perabot dan perkakasan juga dijaga dengan baik. :)
Melalui perudaraan selalunya jarang dikesan melainkan mempunyai tanda2 seperti si comel kerap batuk, bersin dan tidak respon dengan rawatan selsema dan asthma.
:)
Terima kasih atas penjelasan. Clear!
Deletekucing selepas di kasi di vet ade luka di kawasan bedah tuh tapi bila dah seminggu jadi terok bawak vet mula mula amik sample tak jumpe jawapan lepas seminggu baru sure kena seporo hadoiii setahu saya kucing sy indoor dan di pantau dok fikir kat mana dia kena so far kat muka tak da lagi cuma di bahagian luka bedah di telor dia luka tu masih tak kering tapi dah mula gangu pernafasan skang dah mula buat rawatan dengan vet 2 minggu sekali akan bawak ke sana di samping guna ubat herba sembur dan krim kucing jantan dah dua bulan dok merawat .....
DeleteAlhamdulillah.. Remy saya telah bebas dr sporo sepenuhnya stlh menjalani rawatan selama sbln. Saya dah lpskan remy dr sangkar 4hari lps setelah dimandikan. Yeay!! Syukur! Mmg kita kna sabar n kuatkan semangat spjg menjaga kucing yg dijangkiti sporo. Tangisan mereka setiap hari mahu dilpskn dr sangkar mmg meruntun jiwa.. tp percayalah.. sporo boleh diubati.. jgn mudah ambil keputusan dgn menidurkan mereka selamanya. Sayangilah bulus kita!
ReplyDeletesalam puan Gee saya juga pernah merawat kucing sporo.dia juga telah sihat luka dh kering dan telah dibebaskan dr kurungan.tp sekarang penyakit tu berulang tanpa mengambil masa yang lama.kurang drpd sebulan...
DeleteSalam Puan Gee & Puan Ruziana, mohon maaf bertanya - dibebaskan dari kurungan bermakna dibenarkan keluar dari rumah utk merayau & bersosial ke?
DeleteTerima kasih atas bantuan
Kucing saya juga positif sporo. Saya sgt resah & sedih.
salam puan, pastikan kucing pn bebas sepenuhnya dr sporo baru boleh bebas dr kurungan / rumah supaya kita boleh pantau sporo xmelarat.
DeleteNoted, terima kasih.
DeleteSalam pn gee mcm mana nk ubati kucing yg ada sporo? Saya sangat sedih bila tau kucing sya kena sporo.. Vet suruh tidurkan selamanya..
DeleteSalam..mcmana nk tau kucing tu bebas dr sporo? Kucing sy juga dijangkiti sporo..skrg ni alhamdulillah luka2 smua dh elok dan ditumbuhi semula bulu2..cuma sy masih teruskan lg ubat inox..
Deletebole bgi senarai ubt sb kucing sy pun terkena sporo. tolong ya
DeleteSlm pn ruziana, ya.. remy saya juga spt kucing awak. Disangkakan sihat sepenuhnya tp sayang... xsampai sebln.. luka kembali timbul. Padahal, rawatan ubat masih diteruskan. Skg, remy terpakza dikurung semula... huhuhuhu.
ReplyDeletesis kucing sy kne sporo di hidung..rwtan die cmne yer..hidung da naik benjolan,mata berair je..kdng2 xsmpai hti nk tgk die,.die nk kne kurung jgak ke sis??hrp sis bole rply😢
Deletesis kucing sy kne sporo di hidung..rwtan die cmne yer..hidung da naik benjolan,mata berair je..kdng2 xsmpai hti nk tgk die,.die nk kne kurung jgak ke sis??hrp sis bole rply😢
Deletesy br blk dr vet..kucing sy di sahkan mengidap sporo..x mau nk kata apa sy ikut je ala yg doc bgtau..Sedih tp sy rs itu yg terbaik buat dia..terlampau tweruk
ReplyDeleteAssalammualaikum doc. Nk tanye kucing sy betina. Ada luka dkat hidung. Tp bukan batang hidung, dkt lubang hidung die. Mkn x nk sangt. Tp main tu nk lg la.. adakah sakit sporo?
ReplyDeleteAssalammualaikum doc. Nk tanye kucing sy betina. Ada luka dkat hidung. Tp bukan batang hidung, dkt lubang hidung die. Mkn x nk sangt. Tp main tu nk lg la.. adakah sakit sporo?
ReplyDeleteterima kasih doktor atas info ini..
ReplyDeleteKucing saya dijangkiti sporo. Agak kritikal sbb isi kakinya sudah hancur....telinga pun berdarah2...Saya sdg cuba merawat dgn ubat2 yg disarankan. Cuma saya tak dapat cari TF. Semua farmasi di Perlis ni tak jual TF. Sapa ada jual...boleh whatsapp saya ya.. 0172119814
ReplyDeleteDh dpt tf ke.sy bru je beli trial pnya rm60 15 bji.whatsaap sy klu masih perlukan 0124668938
DeleteKucing saya dijangkiti sporo. Agak kritikal sbb isi kakinya sudah hancur....telinga pun berdarah2...Saya sdg cuba merawat dgn ubat2 yg disarankan. Cuma saya tak dapat cari TF. Semua farmasi di Perlis ni tak jual TF. Sapa ada jual...boleh whatsapp saya ya.. 0172119814
ReplyDeleteCuba tengok kat facebook page Za8 & sue pet micasa . macam dia ada post hari tu . nom what apps owner kedai 016 9067006
Deletekucing saya dijangkiti sporo...dia ni abang kawasan kt taman perumahan...mmg kaki gaduh...sekarang dalam tempoh pemulihan...terpaksa dikurung dalam sangkar...doakan dia cpt sembuh :(
ReplyDeletekucing saya dijangkiti sporo...dia ni abang kawasan kt taman perumahan...mmg kaki gaduh...sekarang dalam tempoh pemulihan...terpaksa dikurung dalam sangkar...doakan dia cpt sembuh :(
ReplyDeletekcg sy 2 ekor kena sporo tp xpulak selsema atau batuk. mgkin di peringkat awal kot.. dan masih dalam rawatan di klinik haiwan kampar. alhamdulillah. lepas 1 bulan menunjukkan perubahan positif. harap lepas ni xada lah lg kes sporo kat rumah ni. sbb kos pun boleh tahan..terima kasih doc. rawat kcg sy .
ReplyDeleteCaca dodo saya pun kena sporo. Ingat luka biasa. Tapi bila dodo bersin keluar darah bawak ke vet. Sah sporo. Esok hari ke 17 dodo makan ubat ketokonazole. Hari ke 14 dodo nampak lemah. Esoknya cari omega 3&6. Lusa mula cergas.
ReplyDeleteCaca tiada luka tapi kerap bersin dan mata berair. Burukkan lagi keadaan ekornya pulak baru luka sangat dalam. Sejak tu makin susut badannya. Dan hari ni makan pun tak nak.Kena paksa makan
Caca dodo saya pun kena sporo. Ingat luka biasa. Tapi bila dodo bersin keluar darah bawak ke vet. Sah sporo. Esok hari ke 17 dodo makan ubat ketokonazole. Hari ke 14 dodo nampak lemah. Esoknya cari omega 3&6. Lusa mula cergas.
ReplyDeleteCaca tiada luka tapi kerap bersin dan mata berair. Burukkan lagi keadaan ekornya pulak baru luka sangat dalam. Sejak tu makin susut badannya. Dan hari ni makan pun tak nak.Kena paksa makan
Kucing saya pun sedang mengalami ancaman sporo. Sedih sgt tgok atas kepala dan bawah leher dia sperti berlubang. Skrg sedang dirawat. Mudah2an dapat sembuh sepenuhnya.
ReplyDeleteSy sedang menghidap penyakit ni sekarang. Setakat ni dah merebak dari pergelangan tangan sampai ke siku �� dah dapat rawatan. Sy makan ubat mcm dlm gambar tu ���� sakit sangat Ya Allah...
ReplyDeletemacam mana boleh terkena? doc cakap apa?
Deletenora lee cmne tnda2 sis dpt tau pnykit sporo??disahkan oleh doc ke yg sis kne pnykit sporo nie??hrp sis bole share..
Deletenora lee cmne tnda2 sis dpt tau pnykit sporo??disahkan oleh doc ke yg sis kne pnykit sporo nie??hrp sis bole share..
DeleteSalam doctor. Kucing sy disahkan sporo. Kucing sy baka maine coon Sy da beli ubat sporanox di farmasi. Mmg sgt sedih, sbb itulah satu2 kucing yg sy ada. Soalan sy :
ReplyDelete1) ubat sporanox 100mg nie mmg utk skali mkn ke
2) sy nk balik kg, selalunya sy mmg bwk kucing bersama, sekiranya kucing kita postv sporo dan mula bersin blh x kita bwk kucing naik kete skali.
3) apa, tanda2 awal sporo mula menjangkiti manusia ?
Tq doct.. hrp dpt bantuan dr doct dan kwn2 semua. Sy berharap sgt2...
Salam doctor. Kucing sy disahkan sporo. Kucing sy baka maine coon Sy da beli ubat sporanox di farmasi. Mmg sgt sedih, sbb itulah satu2 kucing yg sy ada. Soalan sy :
ReplyDelete1) ubat sporanox 100mg nie mmg utk skali mkn ke
2) sy nk balik kg, selalunya sy mmg bwk kucing bersama, sekiranya kucing kita postv sporo dan mula bersin blh x kita bwk kucing naik kete skali.
3) apa, tanda2 awal sporo mula menjangkiti manusia ?
Tq doct.. hrp dpt bantuan dr doct dan kwn2 semua. Sy berharap sgt2...
Selamat petanv doc... Saya baru hari mendapat tau kucing saya ada sporo... Ssbwlum ni saya sangkakan kucing saya hanya luka sbb bergaduh... Tapi bila hidung dah x de... Kami bawa ke vet... Baru tau sporo... Memandangkan... Kami mmg sibuk... X ada siapa yang Kan mengurus kecuali saya dan suami kerana anak semua dah ke asrama dan yg dirumah mmg tiada masa kerana tahun peperilsaan padat dgn aktiviti... Bagi kami ini adLah kes pertama... Sblum ini kuci g hanya di dalam ka dang tapi kerana kucing yang terkena sporo ni selalu bergaduh dgn yangvlain di dalam kandang.. Kami lepaskan... Dia bebas kemana mana... Saya mmg rasa sgt takut sbb memandangkan masa utk menguruskan.. Terhad... Tambahan pula dikatakan bleh berjangkit... Jadi saya ingin bertanya pada doktor... Apa yang perlu saya lakukan... Saya pun bermacam macam fikir... Jadi sangat keliru.. Serba salah...
ReplyDeleteGood news
ReplyDeleteI hope klinikhaiwankampar will be a good place and help others with the best service
http://rawatkucing.com/
Assalamualaikum . Bole saya tahu tanda2 awal manusia diserang sporo ? Saya risau kalau saya jangkit .
ReplyDeleteAssalamualaikum . Bole saya tahu tanda2 awal manusia diserang sporo ? Saya risau kalau saya jangkit .
ReplyDeleteDi sini ada cerita tentang kucing sporo
ReplyDeletehttps://www.psherbs.com/apa_dia_penyakit_sporo_kucing/
Salam semua.. maaf kerana lama saya xupdate ttg remy. Sbnrnya remy saya telah bebas sepenuhnya dr sporo setelah menjalani treatment selama 5bln. 1-3bln pertama mmg kna asingkan dgn yg lain. Kebersihan sangkar dilakukan setiap hari. Buang lapik kain n suratkhabar sbg lapik setiap hari. Spraykan seluruh kwsn sangkar dn sekeliling kwsnnya dgn bancuhan 2 bj tablet sodium dicholoroisocyannurate (germisep). Pastikan ubat sporo spt inox, tf atau multivutamin diberikan tanpa putus stiap hari. Setelah luka kering ubat ttp diteruskan. Apabila luka sudah tiada dan kering.. ubat perlu diteruskan selama 1 bln. Kemudian dptkan pengesahan dr doktor bhw dia tlh bebas sepenuhnya dr sporo.
ReplyDeleteWalaupun remy telah sihat sepenuhnya, sehingga kini saya mengamalkan spray/mop dgn tablet tersebut di seluruh rumah. Alhamdulillah.. dgn tablet tersebut kucing kita juga akan bebas dr fungus, bakteria dan protozoa.
Assalammmualaikum semua.. sy ade seekor kucing betine dr awal sy sangka dia hnye luka biasa lama kelamaan luka tu makin besar dan dalam serta skrg ni dh mula berjngkit di bahagian lain sy jugak sudah pun refer dgn klinik haiwan y disekitar kawasan sy.. doc mengesyaki dia dijangkiti sporo tp y mengrunsingkan sy dn membuatkan rawatan terbatas sebab dia sedang bunting doc sah kan sebulan lebih kurang.. Allah ape la daya sy nk rawat dia sebelum melarat doc bgthu dia xboleh nk bg ubat sebab dia bunting bimbang akn keselamatan ank terjejas.. mcm ne la rawatan untuk dia pulih dr pnyakit nie.. risau sgt2 serta kesian ade x alternatif ubt y membolehkan dia makan memandangkan dia ade bby dlm perut dia..
ReplyDeletekalau kucing indoor yg dicakar oleh kucing outdoor?luka nya dah kering spetutnya, tapi luka balik malah lagi teruk daei sbelum ni sebab dia duk jilat2.apa yang perlu saya buat? ada yg mngatakan kalau kucing luka biarkan saje dia jilat2 luka nya krn air liurnya adalah penyembuh.boleh sape2 jelaskan?
ReplyDeleteMcm mn keadaan kucing awk skrg? Sepatutnya kalu kucing sporo, kene pakaikan collar. Jgn bgi dia jilat Luka, nnti dia jilat tmpt lain, timbul Luka yg baru.
DeleteAssalammualaikum .. doctor saya nk bertanya bagaimana noerawm kalau kita di jangkiti gatal 2 akibat penyakit kucing ? ..adak adkita akan sembuh jika mengambil ubat dan rawatan di klinik vet ..kerana saya ada bertanya kepada doktor vet swasta yg selalu sy kunjungi utk merawat kucing ..kata kat jika terkena jangkitan sporo kita juga akan kena makan ubat yang sama seperti kucing kita makan ..dan adakah ubat itu berkesan dan adakah ia ada effect negatif kepada tubuh Badan kita ?
ReplyDeleteMemerlukan pertolongan ..
Simptom: kegatalan kulit pada seluruh badan..
Komen dia atas adalah saya ..27 Novembar 2018 at 05.00 please can you reply to my email pijasanusi2017@gmail.com..( semua huruf kecil)
ReplyDeleteNeed your help!
Kucing saya kena sporo sqmpai hancur sebeleah kaki..terpaksa potong..dia hilang merayau time tu..bila balik kaki dah reput sebelah dgn ulat2 menitik2..swlepas dah potong kaki mkn ubat sporo unitrac selama 6 bulan..satu kapsul tu blh mkn 3 hari..skrang alhamdulillah dia sihat gemok walaupun berkaki 3..dia happy je
ReplyDeleteKucing saya indoor 100% dan sudah dikasikan. Baru2 ini terdapat luka2 bulat2 di tepi telinga, muka dan dahi. Doc sahkan sporo. Saya masih ragu2 adakah benar sporo. Mohon pencerahan
ReplyDeleteSalam Dr, sy nk minta Dr jelaskan berapakan kos rawatan jika kucing saya terkena penyakit ini? kucing saya mengalami symptom selesema yang teruk sehingga hingus dia jadi kuning mcm bernanah, plus dia ada beberapa luka di kaki hidung dan ekor. Adakah ini symptom penyakit ini? Mohon pencerahan Dr.
ReplyDeleteKalau kucing berdarah betul-betul di bawah mata akibat bergaduh, rawatan bagaimana dapat kita lakukan di rumah?
ReplyDeleteSaya baru terkena gigitan kucing soporo ni.skarang dalam rawatan makan ubat yang doktor beri.kepada pencinta kucing hati2 dengan penyakit ini kerana boleh memberi kesan kepada manusia.semoga Allah melindungi kita semua
ReplyDeleteBetul ke klo kucing kita mkn ubt sporo mesti wajib mkn ubat hati sekali...dr.nurul kampar ckp klo lbh 4bln x baik jg baru kena wat ujian darah tgk fungsi hati..kompiuss...mkn sekali ms mkn inox ke atau lps 4bln klo x ok ..tolong sy x phm...
ReplyDeleteEfek samping ubat sporo ni boleh rosakkan hati. kucing sporo ni dia mengambil jangka masa yg sgt lama utk sembuh. Dengan kebutuhan ubat dalam jangka masa yang lama, mmg kene bagi supplement hati. Boleh bgi dlm bentuk cecair, Dan kalau kucing asik khuekk ludah balik, bgi tablet.
Delete