Salam.... lama rasanya tak update Blog tercinta ni... terlalu sibuk menguruskan klinik dan kes yang keluar masuk... Hari ni saya nak berkongsi cerita tentang Sporotrichosis. Saya yakin sangat ramai pembela kucing yang sedia maklum tentang penyakit nie...
Akan tetapi saya juga yakin masih ramai yang belum begitu pasti secara lebih detail tentang penyakit ini, cara menjaga dan risiko zoonotik terhadap kita. (Zoonosis= penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia). Ada yang memandang remeh kerana mungkin kurangnya pendedahan terhadap penyakit ini. Dan juga mungkin kerana menyangka luka ini luka yang biasa...

Kucing yang dijangkiti S.schenckii |
Sebagai mukadimahnya, mari kita tengok definisi Sporotrichosis.
"Spore" = Dedebu,
Penyakit yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini adalah disebabkan oleh sejenis fungus yang dikenali sebagai Sporothrix
schenckii (S. schenckii). Sebenarnya banyak info yang boleh didapati kalau ditanya pakcik google atau auntie yahoo. Tetapi saya cuba nak sampai dalam bahasa melayu kerana ada setengah terms yang dipakai lebih merujuk kepada bahasa perubatan. Jadi lebih mudah kalau saya sampaikan dalam layman term kerana bukan semua pembaca mempunyai sains background. :)
Sporothrix schenckii |
Fungus yang menjangkiti si comel kita ini bukan fungus biasa seperti dermatophytosis yang hanya menyebabkan bulu kucing kita gugur, penuh kelemumur dan semakin botak. Penyakit ini jauh lebih ngeri dan boleh mnyebabkan kucing kita maut sekiranya terlewat diberikan rawatan, bahkan kita sebagai tuannya juga berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit yang serupa macam si comel kita. Jadi, penekanan saya pastinya aspek keselamatan seisi rumah tatkala kucing anda dijangkiti penyakit sporo ini.
Punca? Dari mana datangnya fungus ini? Siapakah yang berisiko?
S.schenckii berasal dari atas tanah, terutamya dibawah timbunan tumbuh-tumbuhan yang reput. Sangat banyak, dan hanya melalui luka kecil misalnya tertusuk duri rose, agen ini boleh menjangkiti kucing anda, dan ANDA juga!! Oleh kerana itu, penyakit ini juga dikenali sebagai Rose gardener's disease.
Telah menjadi lumrah si comel anda sekiranya selepas membuang air besar meraka akan menggaru untuk menutup najis mereka. Gambar kredit kepada persatuan bola sepak Malaysia. (kucing yang dikatakan menyebabkan Malaysia kalah dalam perlawanan yang mana ntah, saya pun tak ingat).
Sekiranya mereka membuang diluar rumah, pastinya mereka akan mencari tanah. Di kuku mereka inilah S.schenckii ini akan berada.
Bagi kucing yang suka bergaduh atau lebih sesuai saya katakan kucing jantan, ketika mereka bergaduh, cakaran pada kucing lain pastinya akan memasukkan fungus ini di dalam darah. Selepas musim mengawan juga saya dapati peningkatan dalam kes kes sporo ni.
Sekiranya mereka membuang diluar rumah, pastinya mereka akan mencari tanah. Di kuku mereka inilah S.schenckii ini akan berada.
Cantik kan i punya kuku??? |
Bagi kucing yang suka bergaduh atau lebih sesuai saya katakan kucing jantan, ketika mereka bergaduh, cakaran pada kucing lain pastinya akan memasukkan fungus ini di dalam darah. Selepas musim mengawan juga saya dapati peningkatan dalam kes kes sporo ni.
Permulaan yang dapat kita perhatikan adalah luka luka biasa. Dan bagaimana yang dikatakan sebagai luka biasa??
1. Luka biasa adalah luka luka kecil, hanya di permukaan (superficial) dan tiada pendarahan yang melampau dan tidak memerlukan jahitan .
Sebenarnya tiada istilah luka biasa dalam kamus perubatan. Tetapi yang saya cuba highlightkan disini adalah luka yang sangat memerlukan rawatan segera dan tidak di misslook sebagai SPORO! Diameter luka adalah tidak lebih 2mm dan tidak dalam sehingga menampakkan isi (muscle). Antara jenis luka yang saya klassifikasi sebagai scratch, laceration dan puncture wound. Kebiasaan dalam kes kes sebegini rawatan awal seperti antibiotik dan ubat tahan sakit akan diberikan untuk mengelakkan jangkitan kuman di dalam darah.
2. Exceptional untuk puncture wound, kedalaman luka mungkin lebih dalam...Luka dalam kategari yang pertama boleh melarat sekiranya tidak dirawat awal. Dan didalam sesetengah kes, luka ini tampak sembuh, namun menjadi bisul yang akhirnya kucing juga demam dan luka melarat. dan pastinya kos rawatan juga tinggi.Oleh kerana kes ini memerlukan bius dan tempoh rawatan yang jauh leih lama.
3. Setelah habis tempoh antibiotik yang diberikan dan luka semakin melarat, diameter semakin membesar, biasanya luka ini perlu di periksa semula. Bimbang jatuh kepada kategori LUKA YANG TIDAK AKAN SEMBUH (Non healing Wound). Dengan rawatan yang general, luka sporotrichosis ini adalah tidak akan sembuh...
Kebiasaannya luka ini akan ada multiple spot, telinga, kawsan kening, kaki dan hidung. Adakalanya kucing akan bersin, mata berair... tanda tanda ini yang owner selalu keliru dengan menyangka kucing mereka hanyalah selsema biasa. :) Jadi inilah alasan di mana klinik swasta kebanyakkan tidak akan menjual ubat tanpa melihat pesakitnya (No medicine prescribe without patient).

Cuba perhatikan kucing ini : Luka nya paling ketara di hidung (semakin rompong), kaki hadapan, kedua dua cuping telinga dan sekitar mata. |
Gambar yang kedua dan ketiga. Persamaan adalah bonjolan di hidung dan akhirnya apabila bonjolan pecah, hidungnya mulai rompong. |
Mata kita memang bukan mikroskop, tetapi berdasarkan kriteria luka, jika kita perasan ada kucing yang lukanya begitu, maka berilah rawatan awal.
a. luka yang tidak sembuh selepas 14 hari rawatan
b. luka yangbertompok tompok di beberapa tempat
c. lukanya berkawah (Raised lesion), lembik di tengahnya, dan berkeruping seperti luka kering
a. oh! kucing ni luka biasa je... sapu minyak gamat esok keringla... minyak gamat la, minyak kelapa la.. minyak ikan goreng la... semua ini tidak berkesan ya untuk kes sporo.. kering hanya lah luaran...
b.Kurap ni.. pandainya dia baik sendiri.. kucing kucing makcik dulu tak pernah makcik rawat baik sendiri je...
c. ni sinus ni... itu yang asyik bersin je ni...
Jadi ketika dibawa kepada saya, keadaan si comel adalah sangat teruk dan telah nyawa nyawa ikan.. jadi tempoh rawatan pastinya lebih panjang dan mungkin tidak dapat diselamatkan. Kalau dah terbaring (recumbent), pastinya ada vet yang suggest to put down (bagi dia pergi). Mulala melalak2 maki vet sekian takda perasaan.. Sedangkan siapa yang buat dia menderita sekian lama.. ayat sentap sikit!
Sekarang kita masuk bab yang lebih penting iaitu: Zoonosis : management of sporo patient. Tapi mari kita kenali secara lebih dekat jenis-jenis sporo.
Terdapat tiga jenis sporotrichosis ni sebenarnya, cutaneous-lymphatic, pulmonary dan disseminated sporotrichosis.a. Cutaneous-lymphatic sporotrichosis (kulit-sistem limfatik)
Merah berbentuk nodul (bulat-bulat) sepanjang sistem limfatik kita.
Tanda tanda kemerah merahan yang timbul |
Kes yang lebih teruk tanpa rawatan awal, merabak sepanjang saluran limfa dan salur darah. |
b. Pulmonary sporotrichosis
Jenis ini agak jarang, akan menyebabkan nodule pada paru-paru. Jarang bukan beerti tiada... kemungkinan untuk respiratory failure adalah sangat tinggi sekiranya paru-paru anda tidak dapat berfungsi dengan baik.
c. Disseminated sporotrichosis
Jenis ini merebak ke seluruh badan, akan menjangkiti joint dan juga boleh mengjangkiti otak. tanda paling awal seperti luka di kulit dan sekiranya menjangkiti paru- paru, tanda-tanda seperti selsema, batuk akan wujud.
Sebab itu penting bagi anda untuk bawa kucing anda sekiranya mahu beli ubat untuk luka2 kecil. Siapa tahu kucing anda dijangkiti sporo juga.
Bagaimana boleh menjangkiti manusia??
a. cakaran daripada kucing sporotrichosis positif
b. gigitan daripada kucing sporotrichosis positif
c. ada luka-luka kecil di tangan dan terus menyentuh kucing sporo (bare hands)
Aspek pengurusan kucing ini adalah sangat penting dengan memakai glove tatkala mencuci sangkar mereka dan memberi mereka makan.Sebaiknya si comel yang positif sporo dikurung dan tidak dicampur dengan si comel yang lain. Akan tetapi janganlah sehingga mengabaikan mereka kerana emosi si comel juga adalah sangat penting untuk speeding proses penyembuhan sakitnya.
Saya gemar menggunakan chlorox untuk mencuci sangkar mereka dan menjemur sangkar ini berhari hari dan terus mengulangai proses yang sama. Inilah adalah kerana spore ini adalah sangat heat and chemical resistance. dan penggunaan chlorox adalah sangat mudah didapati di mana mana juga. Chlorox adalah jenama, boleh juga digunakan brand yang lain sperti cocorex etc.
Mematuhi rejim rawatan adalah sangat penting dan sekiranya si comel anda telah menerima rawatan melebihi 4 bulan, adalah lebih elok kira melakukan ujian darah untuk melihat fungsi hati. Bimbang hati si comel tidak lagi dapat menerima beban ubat di hatinya.
Ubat yang digunakan di dalam rawatan sporotrichosis |
Kos rawatan adalah sangat tinggi disebabkan jangakamasa rawatan adalah sangat panjang dan ubat yang digunakan adalah sangat sangat mahal. Sampai saya sendiri tak gamak nak cas owner. Huhuhu... Jadi, nasihat saya, sekiranya si somel anda dalam golongan yang berisiko tinggi, maka cegah lah... jika sudah terjadi, maka rawatlah dengan segera. :)
Checklist : ADAKAH KUCING SAYA BERISIKO TINGGI??
a. Kucing saya kucing jantan, belum dikasikan, suka merayau, samseng kampung pulak tu. (High Risk Group)
b. Kucing saya jantan, sudah dikasikan tetapi suka merayau, selalu kena pukul dengan jantan lain (High Risk Group)
c. Kucing saya semi roamer, berak di luar je. tapi sentiasa tidur dalam rumah. (Middle Risk Group)
d. Kucing saya indoor cat, toilet-trained, tidak campur outdoor cat (Low Risk Group)
Okaylah, rasanya dah agak detail penerangan saya. kalau masih belum clear, boleh lah tinggalkan soalan akan saya cuba jawab sebaik mungkin. Yang baik datang daripada ALLAH, yang buruk datang daripada saya. Selamat membaca. Wassalam.