Saturday 21 February 2015

Hidupku sebagai doktor haiwan

Hari ini kekurangan momentum rasanya. tidak ketahui apakah diagnosis bagi penyakit ni. mungkinkah eustress atau distress? So, i nak ambil kesempatan ni untuk berkongsi sedikit kisah kehidupan saya sebagai doktor haiwan di sebuah klinik kampung yang terletak di Kampar, Perak.

8haribulan 8... kosong giler klinik di awal pembukaan...


Diteratak usang ni menjadi tempat mencari rezeki kami. Dan sebenarnya saya tidak meletakkan klinik ini sebagai landasan bisnes semata-mata. Dalam usaha seharian mencari rezeki, tempat ini juga pertemukan saya dengan pelbagai jenis ragam manusia dan sentiasa memujuk diri untuk melakukan yang lebih baik daripada yang sebelumnya (walaupun bukan yang terbaik di mata insan lain).

Sebelum saya bercerita jauh tentang kerjaya saya sebagai vet, saya pernah menyimpan impian untuk memiliki perniagaan saya sendiri pada suatu ketika dahulu. Bermula dengan bekerja sebagai cleaner di sebuah klinik haiwan di ipoh, kemudian masuk sebagai peljar praktikal dan akhirnya sebagai locum vet di klinik klinik berbeza. Banyak yang boleh dipelajari walau di mana pun kita berada. Paling utama ada impian, ada rancangan, dan usaha ke arah tersebut. 

Kehidupan sebagai vet di kawasan suburban adalah berbeza dengan keadaan bertugas di kawasan urban. Berdepan dengan lapisan yang sedikit berbeza dan cara menangani klien juga pada saya agak berbeza, sehinggakan jenis pesakit juga boleh range dari kerbau, kambing, kucing, anjing, itik sehingga lah ke kera, ular dan lain lain.



Saya Sayang kerjaya dan kehidupan saya



Gambar ini diambil dua hari sebelum arwah ayah meninggal (13.3.2014)

Bersama Doc Natrah Razak Dan Doc Azlan Shah yang femes gitu!!
Kerjaya vet di kawasan ni bukan lah glamer mana pun. Bak kata makcik makcik, ala, doktor kucing je pun... anak makcik doktor orang. Hahaa! Takpala. Saya pilih jalan ni dan kerjaya ini membuatkan saya lebih bermaya dan bersemangat bukan sahaja untuk haiwan bahkan untuk manusia segajat.



Kucing sekitar banjir di kampung gajah, Perak.


Satu yang menjadi kebanggan saya da Mr suami (Doc Daud) adalah berjaya memberikan inspirasi kepada vet-vet melayu yang lain untuk ceburi bidang haiwan kesayangan (yang dahulunya ditakuti oleh student melayu especially) dan memiliki klinik mereka sendiri. wooohooo!!!



Tahun 2015, memasuki keempat beroperasi menjadikan diri bertambah semangat untuk meng"upgrade" dan menambah peralatan diagnosis bagi kegunaan kes.-kes yang masuk. Doakan kami untuk branch yang kedua ya!!! (dah tertangguh sejak mengkaji pasaran ekonomi yang kurang memberansangkan pada tahun 2015 ini).

4 comments:

  1. salam doc.. memang x ramai org melayu menceburi bidang ini.. tp ramai gak pkerja di bawah jabatan veterinar negeri perak orang melayu.. termasuklah saya..
    bidang vet ni xla besar.. walaupun sy hanya ast vet, tapi bila berdepan dengan customer kemahiran menghandle mereka yg penting.. dan nampak kesedaran mereka terhadap haiwan kesayangan semakin tinggi..
    salam perkenalan dari asst vet dari jabatan vet perak. :)
    blog doc ini amat berguna pada kami.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...

      Lama saya tidak sempat nak reply komen di blog. Sampai bersawang rasanya hihi. Salam perkenalan juga.

      Masih bertugas di JPVPk ke? Alhamdulillah. semoga input di blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.

      Delete
  2. tahniah...semoga impian anda berjaya nanti.

    ReplyDelete